Tempat yang dikaitkan dengan Raja Bersiong Raja Bersiong

Tidak ada orang yang boleh hidup selama itu untuk mengesahkan pekara di bawah. Oleh itu, bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki Tidak ada orang yang boleh hidup selama itu untuk mengesahkan pekara di bawah. Oleh itu, bahagian ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Kisah Raja Bersiong sebenarya banyak disulami dengan cerita lisan daripada masyarakat khususnya daripada kalangan warga emas. Menurut cerita lisan seorang penduduk warga tua [nyatakan menurut siapa?] di kaki Bukit Choras. dia menyatakan bahawa Bukit Choras, Guar di Kedah mempunyai anak sungai yang pernah disinggahi saudagar dari negara China. Dikatakan Raja bersiong pernah bersemayam di Bukit Choras.[perlu rujukan]

Tempat lain seperti di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, diceritakan mempunyai sebuah istana Raja Bersiong di atas sebuah bukit di mana terdapat air terjun. Air terjun ini menembusi satu lubang batu sedalam sebatang buluh. Atas sebab inilah Kampung Tikam Batu mendapat namanya.

Satu lagi tempat yang dikaitkan dengan Raja Bersiong ialah Bukit Penjara, Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah.[perlu rujukan] Di atas bukit ini dikatakan ada struktur binaan penjara Raja Bersiong untuk menyimpan tahanan. Struktur tapak bangunan penjara dan rumah menteri masih boleh dilihat di atas bukit ini.

Dikatakan juga Raja Bersiong menyembah berhala Hindu yang diperbuat daripada emas. Berhala ini dibawa ke India pada era pemerintahan zaman British. (Abdul Halim bin Abdul Ghani, Saujana Agriculture and Soil Consultancy, Pasar Mini Saujana Tikam Batu).[perlu rujukan]

Menurut suntingan wartawan Megat Lutfi Megat Rahim dan Ahmad Syahir Kassim daripada akhbar Kosmo, akhbar bahasa Melayu di Malaysia, dalam seksyen Jurnal halaman 42, bertarikh 30 Oktober 2011, ada dilaporkan bahawa mereka telah menemui beberapa orang sejarawan dari negeri Kedah untuk bertanyakan tempat bersemayamnya Raja Bersiong. Menurut seorang warga emas yang menetap di Taman Tabung Haji, Kepala Batas, Jitra, Kedah, Abdul Rahim Ahmad, ramai orang mengaitkan Istana Tengku Kudin di Kepala Batas, Kedah sebagai Istana Semayam Raja Bersiong, namun tiada kesahihan yang dapat dipastikan daripada dakwaan tersebut.